30 March 2016

BMT6 : Teknik menjawab UPSR Bahagian A Bahasa Malaysia





Bina 5 ayat berdasarkan gambar di atas.

MTT3:DARAB MUDAH



BACA SIFIR





MENDARAB SATU DIGIT DENGAN SATU DIGIT


1.  9  X  4 =                2.   8  X  5  =            3.   6  X  6  =                   4.   8  X  7  =


DARAB DUA DIGIT DENGAN SATU DIGIT


1.  12  X  4  =              2.   27   X  5  =            3.   50   X  2  =            4.   69  X  7 =


https://www.youtube.com/watch?v=qaHNPfoyPFY



RBTT5: Memasang dan membuka kit model



Video di atas memaparkan langkah-langkah dalam memasang dan membuka kit model kereta mainan. Apakah alatan tangan yang digunakan?

PIT4 : VIDEO MENYUCIKAN NAJIS MUQALLAZAH

PIT4 : CARA-CARA MENYUCIKAN NAJIS


PIT4 : Cara-cara menyucikan najis

1.Najis Mukhaffafah


a.  Hendaklah dihilangkan najisnya terlebih dahulu.
b.  Renjis dengan air mutlak pada seluruh tempat yang terkena najis.
c.  Jika tiada najisnya memadailah direnjis dengan air mutlak di seluruh tempat yang terkena najis.

2.Najis Mutawassitah

a.  Hendaklah terlebih dahulu dihilangkan ain najis.
b.  Basuh dengan air mutlak sekali, tetapi afdalnya dibasuh hingga 3 kali.
c.  Jika tiada ain najis, memadailah dibasuh 1 kali dengan air mutlak.
d.  Pastikan tiada lagi rasa, bau, warna pada tempat yang terkena najis. 

3.Najis Mughallazah

a.  Hendaklah terlebih dahulu dihilangkan ain (benda) najis.
b.  Dibasuh bekas yang terkena najis dengan air mutlak 7 kali, sekali daripadanya air mutlak bercampur tanah. Air yang digunakan hendaklah dialirkan pada tempat yang terkena najis.
Jika tiada ainnya memadainya dibasuh 7 kali sebagaimana yang tersebut.

BMT6: IMBUHAN AWALAN

IMBUHAN AWALAN

Imbuhan Awalan
·         Digunakan untuk mengubah bentuk atau tugas.
·         Terdapat dalam beberapa bentuk.
Awalan  beR-
·         Terdiri daripada imbuhan ber- dan be-
·         Imbuhan ber- digunakan apabila bertemu dengan semua kata dasar kecuali yang bermula dengan huruf r.
·         Imbuhan be- digunakan apabila kata dasar bermula dengan huruf r.
Contoh : beraja, berlakon,berumah
Awalan meN-
·         Boleh terbentuk dalam beberapa gaya, iaitu me-, men-,  meng-, dan menge-,
·         Imbuhan me- digunakan untuk menggabungkan kata dasar l, m, n, ng, ny, r, w, y,
·         Imbuhan mem- untuk kata dasar yang bermula dengan huruf b.
·         Imbuhan men- untuk kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j.
·         Imbuhan meng- untuk kata dasar yang menggunakan huruf g, gh, h, kh, a,e,i,o,u
·         Imbuhan menge-untuk kata dasar yang mempunyai satu suku kata.
Contoh : menari, melawat, membakar, menjahit, menggaru.

Awalan di-
·         Imbuhan ini digunakan untuk membentuk kata kerja pasif dan menukarkan ayat aktif kepada pasif
Contoh: dirakam, digali, dirawat, ditekan

Awalan teR-
·         Digunakan untuk menunjukkan pelbagai maksud
·         Menjadi imbuhan te- jika digabungkan dengan kata dasar yang bermula huruf rr yang berikutnya digugurkan.
Contoh : tersepak, tertikam, terasa, terakam.

Awalan  peN-
·         Terdiri daripada pe-, pem-, pen-, peng-, dan penge-.
·         Imbuhan pe- digunakan pada kata dasar bermula dengan huruf l,m,ng,ny,w
·         Imbuhan pem- digabungkan dengan kata dasar c,d, j, sy, z.
·         Imbuhan peng- untuk kata dasar yang bermula dengan huruf g, h, kh, a,e,i,o,u
·         Imbuhan penge- untuk kata dasar satu suku kata.
Contoh : pelakon, pembunuh, pendakwah, pengganas, pengelap

kredit:http://zaifulzanirisham.blogspot.my/2011/11/imbuhan-awalan.html


RBTT6 : HIDROPONIK

Berikut merupakan video "timelapse" perkembangan pokok salad menggunakan kaedah hidroponik. Diharapkan anda semua tertarik dengan video ini. Selamat menonton. :)

PIT4 : BERSUCI DARI NAJIS


THAHARAH( BERSUCI )


PENGERTIAN THAHARAH (BERSUCI )

Thaharah atau bersuci ialah menghilangkan hadas dan najis dari badan, pakaian dan tempat supaya dapat menunaikan ibadat khususnya ibadat solat.

Bersuci itu adalah sesuatu yang wajib di dalam ajaran islam.Tanpa bersuci ibadat tidak diterima. Di antara cara bersuci ialah wuduk , mandi dan membersihkan najis dari badan dan pakaian.


JENIS-JENIS BERSUCI

1- Menyucikan badan dari hadas kecil
Iaitu menyucikan badan daripada hadas kecil dengan berwuduk atau bertayammum. Orang yang berhadas kecil diharamkam mengerjakan solat atau menyentuh al-Quran.

2. Menyucikan badan dari hadas besar
Orang yang berjunub atau berhadas besar hendaklah membersihkan dirinya dengan mandi.Mereka yang berhadas besar ialah mereka yang melakukan persetubuhan ,orang yang haid dan nifas. Orang yang berhadas besar juga diharamkan mengerjakan solat,puasa,haji,duduk di dalam masjid,menyentuh dan membaca al-Quran.

3. Istinja’
Menghilangkan kotoran samada najis kecil (kencing) atau najis besar(tahi) dari tempat keluarnya dengan sesuatu yang bersih seperti air,kertas,batu,tisu dan sebagainya sehingga najis itu bersih. Istinja’ itu mestilah menghilangkan najis,baunya dan rasanya.

Cara-cara beristinja’

1. Istinja’ itu mestilah 3 kali ulang,kalau masih belum suci boleh di ulangi lagi sehingga bersih.

2. Alat dibuat istinja’ itu mestilah dapat membersihkan tempat najis yang keluar.

3. Sekiranya batu mestilah diambil sekurang-kurangnya 3 biji .


JENIS – JENIS NAJIS

1. Najis Mughallazah (najis berat)

Ialah najis yang berat iaitu najis anjing dan babi.Cara mencuci barang –barang yang terkena najis ini ialah dengan menyamak iaitulah membasuh dengan air sebanyak 7 kali.Basuhan pertama hendaklah dengan air bercampur dengan tanah.

2. Najis mukhaffafah (najis ringan)

Iaitu najis yang ringan seperti kencing bayi yang berusia 2 tahun kebawahyang hanya minum susu ibunya saja.Cara menyucinya ialah dengan merenjis air di tempat terkena kencing itu.



3. Najis Mutawassitah (najis pertengahan)

Iaitu najis pertengahan .Termasuk dalam kumpulan ini ialah air kencing ,tahi, darah,nanah,muntah,air mazi (iaitu air putih jernih yang keluar dari kemaluan ketika nafsu berahi meningkat),wadi (iaitu air putih jernih yang keluar dari kemaluan sesudah buang air kecil ketika kerja berat),arak dan susu binatang yang tidak boleh dimakan.Cara menyucinya ialah basuh dengan air bersih hingga hilang baunya,rasanya,dan warnanya.Jika sudah dibasuh berulang-ulang kali tetapi baud an warnanya tidak juga hilang adalah dimaafkan.


KREDIT WEB:http://ahidaamin.blogspot.my/p/tajuk-bersuci.html


LEMBARAN KERJA


ARAHAN: Jawab semua soalan.

     A.    Susun pengertian bersuci dan pengertian najis dan tulis diruang yang disediakan.


daripada najis
Membersihkan
pakaian
dan persekitaran
tubuh badan
dan hadas

Pengertian bersuci:-

……………………………………………………………………
……………………………………………………………………

Solat
Benda-benda kotor
Tidak

pada hukum syara’
menyebabkan
 sah

            Pengertian najis:-
             …………………………………………………………………
             …..…………………………………………………………….

             B.  Tulis NAJIS atau BUKAN NAJIS pada penyataan berikut.


1.    Darah                                 ……………………

2.    Tahi mata                          ……………………

3.    Air mata air                       ……………………

4.    Air kencing kucing            ……………………

5.    Tanah lumpur                    ……………………

6.    Peluh                                 ……………………

7.    Bangkai ikan                    ……………………


C.   Tuliskan jenis najis mughalazah, najis mutawasitah dan,
       najis mukhaffafah  pada gambar  di bawah ini.



                              ................................................................................


Air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur

Tidak lebih dua tahun yang hanya menyusu susu ibunya

.
…………………………………………………..


.......................................................................

              D. Pilih alat-alat bersuci dan tulis diruang yang disediakan..


Kayu

Air

Makanan


Tisu

Daun kering

Air sirap


Batu


Tulang

Kertas mengandungi ayat Al-Quran




ALAT-ALAT BERSUCI


















KREDIT : http://azmiahadam.blogspot.my/

RBTT5 : Tabung Berpenggera

Dalam tajuk rekacipta yang pertama, murid-murid akan didedahkan untuk membuat projek Tabung Berpenggera. Tabung ini adalah gabungan kerja kayu, bahan logam dan elektronik.

Disini kemahiran murid diuji dalam mengukur, memotong dan mencantum bahan kayu. Murid juga diuji dalam kemahiran mengukur, memotong, membentuk dan mencantum bahan logam dan bahan kayu. Seterusnya murid diuji dengan kemahiran memasang bahan elektronik.



Alatan pertukangan yang digunakan didalam membina tabung penggera ini ialah:

MtT4:PECAHAN

Matematik Tahun 4: PECAHAN
PECAHAN SETARA

Contoh:
Equivalent Fractions atau pecahan setara adalah sebuah pecahan yang mempunyai nilai yang sama walaupun kelihatan berbeza. 

Mengapa pecahan ini dikatakan sama? Ini kerana ketika anda mendarabkan atau membahagi kedua bahagian atas dan bawah dengan jumlah yang sama, nilainya adalah tetap. Peraturan yang patut diambil perhatian ialah:  


Apa yang anda lakukan untuk bahagian atas fraksi 
Anda juga harus lakukan untuk bahagian bawah fraksi!



Pernyataan untuk peraturan bolehlah dilihat dalam contoh dibawah:

Dapat dilihat bahawa bahagian pengangka(nombor di atas) dan penyebut (nombor di bawah) didarabkan dengan nombor yang sama untuk memperolehi pecahan setara.

Dengan menggunakan bantuan gambarajah, pernyataan adalah seperti ini:



 





LATIHAN:
1.    2/3 =                        2.     1/4                         3.    3/4