BMT6: IMBUHAN AWALAN
IMBUHAN AWALAN
Imbuhan Awalan
· Digunakan untuk mengubah bentuk atau tugas.
· Terdapat dalam beberapa bentuk.
Awalan beR-
· Terdiri daripada imbuhan ber- dan be-
· Imbuhan ber- digunakan apabila bertemu dengan semua kata dasar kecuali yang bermula dengan huruf r.
· Imbuhan be- digunakan apabila kata dasar bermula dengan huruf r.
Contoh : beraja, berlakon,berumah
Awalan meN-
· Boleh terbentuk dalam beberapa gaya, iaitu me-, men-, meng-, dan menge-,
· Imbuhan me- digunakan untuk menggabungkan kata dasar l, m, n, ng, ny, r, w, y,
· Imbuhan mem- untuk kata dasar yang bermula dengan huruf b.
· Imbuhan men- untuk kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j.
· Imbuhan meng- untuk kata dasar yang menggunakan huruf g, gh, h, kh, a,e,i,o,u
· Imbuhan menge-untuk kata dasar yang mempunyai satu suku kata.
Contoh : menari, melawat, membakar, menjahit, menggaru.
Awalan di-
· Imbuhan ini digunakan untuk membentuk kata kerja pasif dan menukarkan ayat aktif kepada pasif
Contoh: dirakam, digali, dirawat, ditekan
Awalan teR-
· Digunakan untuk menunjukkan pelbagai maksud
· Menjadi imbuhan te- jika digabungkan dengan kata dasar yang bermula huruf r, r yang berikutnya digugurkan.
Contoh : tersepak, tertikam, terasa, terakam.
Awalan peN-
· Terdiri daripada pe-, pem-, pen-, peng-, dan penge-.
· Imbuhan pe- digunakan pada kata dasar bermula dengan huruf l,m,ng,ny,w
· Imbuhan pem- digabungkan dengan kata dasar c,d, j, sy, z.
· Imbuhan peng- untuk kata dasar yang bermula dengan huruf g, h, kh, a,e,i,o,u
· Imbuhan penge- untuk kata dasar satu suku kata.
Contoh : pelakon, pembunuh, pendakwah, pengganas, pengelap
kredit:http://zaifulzanirisham.blogspot.my/2011/11/imbuhan-awalan.html
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home