PIT4 : BERSUCI DARI NAJIS
THAHARAH( BERSUCI )
PENGERTIAN THAHARAH (BERSUCI )
Thaharah atau bersuci ialah menghilangkan hadas dan najis dari badan, pakaian dan tempat supaya dapat menunaikan ibadat khususnya ibadat solat.
Bersuci itu adalah sesuatu yang wajib di dalam ajaran islam.Tanpa bersuci ibadat tidak diterima. Di antara cara bersuci ialah wuduk , mandi dan membersihkan najis dari badan dan pakaian.
JENIS-JENIS BERSUCI
1- Menyucikan badan dari hadas kecil
Iaitu menyucikan badan daripada hadas kecil dengan berwuduk atau bertayammum. Orang yang berhadas kecil diharamkam mengerjakan solat atau menyentuh al-Quran.
2. Menyucikan badan dari hadas besar
Orang yang berjunub atau berhadas besar hendaklah membersihkan dirinya dengan mandi.Mereka yang berhadas besar ialah mereka yang melakukan persetubuhan ,orang yang haid dan nifas. Orang yang berhadas besar juga diharamkan mengerjakan solat,puasa,haji,duduk di dalam masjid,menyentuh dan membaca al-Quran.
3. Istinja’
Menghilangkan kotoran samada najis kecil (kencing) atau najis besar(tahi) dari tempat keluarnya dengan sesuatu yang bersih seperti air,kertas,batu,tisu dan sebagainya sehingga najis itu bersih. Istinja’ itu mestilah menghilangkan najis,baunya dan rasanya.
Cara-cara beristinja’
1. Istinja’ itu mestilah 3 kali ulang,kalau masih belum suci boleh di ulangi lagi sehingga bersih.
2. Alat dibuat istinja’ itu mestilah dapat membersihkan tempat najis yang keluar.
3. Sekiranya batu mestilah diambil sekurang-kurangnya 3 biji .
JENIS – JENIS NAJIS
1. Najis Mughallazah (najis berat)
Ialah najis yang berat iaitu najis anjing dan babi.Cara mencuci barang –barang yang terkena najis ini ialah dengan menyamak iaitulah membasuh dengan air sebanyak 7 kali.Basuhan pertama hendaklah dengan air bercampur dengan tanah.
2. Najis mukhaffafah (najis ringan)
Iaitu najis yang ringan seperti kencing bayi yang berusia 2 tahun kebawahyang hanya minum susu ibunya saja.Cara menyucinya ialah dengan merenjis air di tempat terkena kencing itu.
3. Najis Mutawassitah (najis pertengahan)
Iaitu najis pertengahan .Termasuk dalam kumpulan ini ialah air kencing ,tahi, darah,nanah,muntah,air mazi (iaitu air putih jernih yang keluar dari kemaluan ketika nafsu berahi meningkat),wadi (iaitu air putih jernih yang keluar dari kemaluan sesudah buang air kecil ketika kerja berat),arak dan susu binatang yang tidak boleh dimakan.Cara menyucinya ialah basuh dengan air bersih hingga hilang baunya,rasanya,dan warnanya.Jika sudah dibasuh berulang-ulang kali tetapi baud an warnanya tidak juga hilang adalah dimaafkan.
KREDIT WEB:http://ahidaamin.blogspot.my/p/tajuk-bersuci.html
KREDIT : http://azmiahadam.blogspot.my/
LEMBARAN KERJA
ARAHAN: Jawab semua soalan.
A. Susun pengertian bersuci dan pengertian najis dan tulis diruang yang disediakan.
daripada najis
|
Membersihkan
|
pakaian
|
dan persekitaran
|
tubuh badan
|
dan hadas
|
Pengertian bersuci:-
……………………………………………………………………
……………………………………………………………………
Solat
|
Benda-benda kotor
|
Tidak
|
pada hukum syara’
|
menyebabkan
|
sah
|
Pengertian najis:-
…………………………………………………………………
…..…………………………………………………………….
B. Tulis NAJIS atau BUKAN NAJIS pada penyataan berikut.
1. Darah ……………………
2. Tahi mata ……………………
3. Air mata air ……………………
4. Air kencing kucing ……………………
5. Tanah lumpur ……………………
6. Peluh ……………………
7. Bangkai ikan ……………………
C. Tuliskan jenis najis mughalazah, najis mutawasitah dan,
najis mukhaffafah pada gambar di bawah ini.
................................................................................
Air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur
Tidak lebih dua tahun yang hanya menyusu susu ibunya
.
…………………………………………………..
.......................................................................
D. Pilih alat-alat bersuci dan tulis diruang yang disediakan..
Kayu
|
Air
|
Makanan
|
Tisu
|
Daun kering
|
Air sirap
|
Batu
|
Tulang
|
Kertas mengandungi ayat Al-Quran
|
ALAT-ALAT BERSUCI
|
KREDIT : http://azmiahadam.blogspot.my/
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home