Halaman

30 March 2016

PIT4 : CARA-CARA MENYUCIKAN NAJIS


PIT4 : Cara-cara menyucikan najis

1.Najis Mukhaffafah


a.  Hendaklah dihilangkan najisnya terlebih dahulu.
b.  Renjis dengan air mutlak pada seluruh tempat yang terkena najis.
c.  Jika tiada najisnya memadailah direnjis dengan air mutlak di seluruh tempat yang terkena najis.

2.Najis Mutawassitah

a.  Hendaklah terlebih dahulu dihilangkan ain najis.
b.  Basuh dengan air mutlak sekali, tetapi afdalnya dibasuh hingga 3 kali.
c.  Jika tiada ain najis, memadailah dibasuh 1 kali dengan air mutlak.
d.  Pastikan tiada lagi rasa, bau, warna pada tempat yang terkena najis. 

3.Najis Mughallazah

a.  Hendaklah terlebih dahulu dihilangkan ain (benda) najis.
b.  Dibasuh bekas yang terkena najis dengan air mutlak 7 kali, sekali daripadanya air mutlak bercampur tanah. Air yang digunakan hendaklah dialirkan pada tempat yang terkena najis.
Jika tiada ainnya memadainya dibasuh 7 kali sebagaimana yang tersebut.

0 Komen:

Post a Comment

EduwebTV :

MATEMATIK Tahun 3 BAHASA MELAYU Tahun 3 Teknologi Maklumat Tahun 4