Halaman

11 April 2016

RBTT5: Memasang Sistem Penggera





Tayangan di atas menunjukkan pemasangan sistem penggera mudah.



Berdasarkan komponen elektronik yang telah kamu pelajari pada pembelajaran lepas, kenalpasti litar litar bergambar berikut :







Nyatakan jawapan kamu di dalam ruangan komen.



Litar elektronik yang dipaparkan di atas, akan digunakan pada projek tabung yang telah disiapkan.

Langkah-langkah bagi memasang sistem penggera dengan LED ialah:



1. Membaca litar elektronik pada manual.

    Secara kebiasaanya, di dalam manual pemasangan akan disediakan dua gambarajah litar bagi membantu pemasanga. Gambarajah yang disediakan ialah gambarajah litar skematik dan gambarajah litar bergambar.



2. Menyediakan komponen elektronik, alatan dan bahan.

   Setelah memahami litar, kita akan menyediakan komponen berdasarkan keperluan yang dinyatakan di dalam gambarajah litar. Seterusnya alatan dan bahan keperluan akan disediakan.



3. Membentuk kaki komponen.

    Kaki kompenen yang akan digunakan perlu dibentuk menggunakan playar muncung tirus. Ini bagi memudahkan pemasangan komponen pada bongkah penyambung atau papan litar.






4. Memasang tkomponen elektronik
    Transistor, kapasitor dan perintang yang telah dibentuk kakinya, dipasang pada bongkah penyambung. Kedudukan komponen tersebut pada bongkah hendaklah sama seperti yang ditunjukkan dalam manual litar bergambar dan litar skematik.

5. Memasang wayar pelompat pada bongkah penyambung
    Bagi memasang wayar pelompang, wayar perlu diukur, ditanda dan dipotong menggunakan pemotong wayar. Wayar seterusnya akan dijalur. Selesai dijalur, wayar akan dibentuk agar boleh menyambungkan dua komponen. (rujuk buku teks muka surat 42)

6. Memasang buzer
    Sebelum memasang buzer, pastikan lubang untuk memasang wayar buzer pada tabung telah disediakan. Kemudian, skrukan buzer pada tempat yang sesuai di tabung kamu.

7. Melengkapkan litar dengan buzer dan LED
   Sekarang, semua komponen yang siap dipasang sebelumnya disambungkan pada tabung. Sambungkan wayar pada buzer kepada bongkah penyambung yang telah dipasang komponen-komponen elektronik tadi. Kemaskan pemasangan dengan melekatkan bongkah pada tabung menggunakan gam.

8. Memasang pemegang bateri.
   Sekarang, tandakan kawasan untuk memasang pemegang bateri pada bahan projek. Pastikan wayar pada pemegang bateri boleh disambungkan kepada bongkah penyambung tadi, Lekatkan pemegang bateri menggunakan gam.

9. Pasangkan suis mikro pada bahan projek.
    Sebagaimana pemasangan bateri, pemasangan suis mikro juga harus ditandakan sebelum digamkan. Pastikan juga wayar pemasangan boleh disambungkan kepada suis.

10. Menyambungkan wayar pemegang bateri ke litar
      Wayar pada pemegang bateri hendaklah dijalurkan terlebih dahulu. Seterusnya wayar merah pada pemegang bateri di sambungkan kepada soket penyambung sebelum disambungkan kepada suis mikro.

11. Menyambung litar pada suis mikro
      Sediakan satu wayar untuk menyambungkan litar pada bongkah penyambung ke suis mikro. Jalur kedua-dua hujung wayar dan pasangkan soket penyambung pada satu penghujung untuk disambungkan kepada suis mikro dan penghujung yang lain disambungkan kepada bongkah penyambung.

12. Menguji pemasangan.
     Projek yang telah siap dipasang dengan litar elektronik perlu diuji sama ada berfungsi atau tidak. Bagi menguji litar penggera ber LED ini, pastikan bateri yang betul dimasukkan pada pemegang bateri. Seterusnya pemasangan yang betul akan menyebabkan LED mengeluarkan cahaya dan berkelip manakala buzer akan berbunyi. Litar yang tidak berfungsi akan menyebabkan LED tidak bercahaya atau LED tidak berkelip atau buzer tidak berbunyi.

13. Penambahbaikan.
      Litar elektronik yang tidak berfungsi perlu diperiksa semula dan dibuat  penambahbaikan dengan merujuk manual. Projek yang telah berfungsi boleh dihias untuk mencatikkannya.
    

16 Komen:

  1. MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN JAMISLAN
    1.PERINTANG BOLEH LARAS
    2.BUZER PIEZO
    3.KAPASITOR BERTUTUP
    4.PERINTANG TETAP
    5.TRANSISTOR PNP
    6.DIOD PEMANCAR CAHAYA



    ReplyDelete
  2. Nur zalilah humairah 5 Nilam

    1.pelintang boleh laras

    2.buzer piezo

    3.kapasitor berkutub

    4.perintang tetap

    5.kapasitor berkutub

    6.kapasitor tidak berkutub

    ReplyDelete
  3. nur hidayah 5nilam
    1.perintang boleh laras
    2.buzer piezo
    3.kapasitor tidak berkutub
    4.perintang tetap
    5.kapasitor berkutub
    6.diod

    ReplyDelete
  4. nur syahadah
    5 nilam
    1.perintang boleh laras
    2.buzer piezo
    3.kapasitor berkutub
    4perintang tetap
    5.kapasitor berkutub
    6.diod

    ReplyDelete
  5. Nama;Nor faizah bt azman Kelas:5 Nilam 1.perintang boleh laras 2.Buzer piezo 3.Kapasitor berkutub
    4.Diod pemancar cahaya
    5.Kapasitor tidak berkutub
    6.Transistor NPN

    ReplyDelete
  6. fatin damia nurhaziqah bt zakaria
    5 nilam
    1.PERINTANGTETAP
    2.PERINTANG BOLEH LARAS
    3.KAPASITOR BERKUTUP
    4.KAPASITOR TIDAK BERKUTUB
    5.TRANSISTOR PNP
    6.TRANSISITOR NPN

    ReplyDelete
  7. nur dania qistina bt ahmadazri
    5nilam 1.Pelintang 2.Buzer piezo 3.Kapasitor berkutub 4.Perintang tetap 5.Transistor PNP 6.Diod pemancar cahaya

    ReplyDelete
  8. nur hajidah binti muhd ashraf
    5nilam
    1.skru berputar
    2.buzer piezo
    3.transistor npn
    4.perintang tetap
    5.kapasitor berkutub
    6.kapasitar tidak berkutub

    ReplyDelete
  9. An-nur syakirin 5Nilam

    1.Kapasitor berkutub
    2.Buzer piezo
    3.buzer elektromanet
    4.perintang tetap
    5.kapasitor tidak tertutub
    6.transistor NPN

    ReplyDelete
  10. m. alif syafiq bin musa 5NILAM
    1.KAPASITOR BERKUTUB
    2.BUZER PUEZO
    3.KAPOSITOR TIDAK BERKUTUP
    4.PERINTANG TETEP
    5.TRANSISTOR PNP
    6.DIOD PEMANCAR CAHAYA

    ReplyDelete
  11. Monika A/P Amani 5 Nilam
    1.kanpasitor tidak berkutub
    2.buzer piezo
    3.perintang boleh laras
    4.perintang tetap
    5.kapasitor berkutub
    6.diod pemancar cahaya

    ReplyDelete
  12. nur rabiatul adawiyah bt rosly 5 nilam
    1.kapasitor berkutub
    2.buzer piezo
    3.buzer elektromagnet
    4.perintang tetap
    5.kapasitor tidak berkutup
    6.diod pemancar cahaya

    ReplyDelete
  13. ALYA IWANI 5 NILAM
    1.PERINTANG BOLEH LARAS
    2.BUZER PIEZO
    3.KAPORSITAR BERKUTUB
    4.PERINTANG TETAP
    5.DIOT PEMANCAR CAHAYA
    6.TRANSISTOR PNP

    ReplyDelete
  14. NURIN NABILAH 5NILAM
    1.PERINTANG BOLEH LARAS
    2.BUZER PIEZO
    3.KAPASITOR BERKUTUB
    4.PERINTANG TETAP
    5.DIOD PEMANCAR CAHAYA
    6.TRANSISTOR PNP

    ReplyDelete
  15. yusma liza bt ahmad yusoff tahun 5nilam
    1.buzir piezo
    2.buzir elektronik
    3.beteri
    4.perintang tetap
    5.diod pemancar cahaya
    6.kapasitur bekutup

    ReplyDelete
  16. MUHAMMAD IZZUDIN SYAHMI BIN MOHD HANIF 5NILAM
    1.PERINTANGTETAP
    2.PERINTANG BOLEH LARAS
    3.KAPASITOR BERKUTUP
    4.KAPASITOR TIDAK BERKUTUB
    5.TRANSISTOR PNP
    6.TRANSISITOR NPN

    ReplyDelete

EduwebTV :

MATEMATIK Tahun 3 BAHASA MELAYU Tahun 3 Teknologi Maklumat Tahun 4