BMT6 ; Kata Bilangan
1. Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu.
2. Kata bilangana boleh terdiri daripada kata asal atau kata terbitan.
3. Kata bilangan terbahagi kepada tujuh jenis.
4. Tujuh jenis kata bilangan serta contohnya:
a. kata bilangan tentu - satu,dua, seratus
b. kata bilangan tak tentu - beberapa , semua, setengah-setengah
c. kata bilangan pecahan - setengah , separuh,
d. kata bilangan pisahan - setiap , tiap-tiap , masing-masing
e. kata bilangan himpunan - berminggu-minggu , pelbagai , himpunan
f. kata bilangan tingkat - pertama, kedua , ketiga
g. kata bilangan tanya - berapa
Latihan
Tulis jawapan kamu di tempat yang sesuai:
separuh , berabad-abad , kedua-dua , ribuan , setiap , dua ,
seluruh , berhari-hari , pertama , beberapa , seluruh
1. Dialah orang ______ yang tiba di dewan peperiksaan pada hari itu.
2. Hujan lebat _____ itu menyebabkan kawasan yang rendah ditenggelami air.
3. lbu memarahi Azim kerana membuat kerja ___________ jalan saja.
4. ____________ kakitangan pejabat itu terkejut apabila mendengar letupan yang kuat di dalam bangunan itu.
5. Pegawai itu mempersilakan __________ peserta seminar bahasa itu ke dewan utama.
6. Polis menahan ___________ orang anak Pak Leman kerana terlibat dalam perlumbaan haram.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home